Wanita Tidak Pulang Selepas Tiga Hari Masuk Hutan

Antara kesan yang dipercayai laluan digunakan mangsa ditemui di dalam kawasan hutan berkenaan. FOTO Ihsan Bomba

TAMBUNAN: Seorang wanita warga emas dikhuatiri hilang di hutan Kampung Tikolod, di sini, selepas tidak pulang ke rumahnya sejak tiga hari lalu.

Wanita dikenali Bibia Angkangon, 63, dikatakan masuk ke hutan untuk mencari sayur-sayuran pada 11 pagi Khamis lalu.

Mangsa disedari tidak pulang ke rumah dua hari selepas itu sebelum ahli keluarga bomba untuk mendapatkan bantuan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.20 malam tadi.

Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama jentera dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian bersama Unit Anjing Pengesan K9.

“Operasi pencarian dijalankan bermula 8 pagi hari ini di kawasan hutan dan pesisir sungai berhampiran.

“Setakat tengah hari ini, operasi pencarian masih berjalan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *