Kru Bot Nelayan Dipercayai Jatuh Laut

Pasukan bomba tiba di Jeti Ko Nelayan, Kudat selepas menerima maklumat kehilangan seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke laut.  – Gambar JBPM

KUDAT: Seorang kru bot nelayan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut di Jeti Ko Nelayan, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian pada 3 petang itu, mangsa dikenali sebagai Jayson tidak ditemui di dalam bot sebelum kejadian itu dilaporkan kepada bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.20 malam.

“Saksi memaklumkan tidak menemui mangsa di dalam bot berkenaan dan usaha mencarinya dilakukan bersama rakan lain, namun gagal.

“Mangsa disyaki terjatuh ke laut sebelum saksi melaporkan kepada pihak bomba,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan jeti dengan kaedah ‘Surface Rescue’, sebelum ditangguhkan pada 9 malam tadi dan disambung semula hari ini. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *