Filem Pendek KV Keningau Menang Perak Di Festival Seni Prague

KENINGAU: Pasukan Kolej Vokasional Keningau telah memenangi pingat perak dalam kategori filem pendek di festival seni “Prague Stars” yang dianjurkan secara dalam talian dari 9 sehingga 12 Mac 2022.

Pasukan tersebut telah menghasilkan filem yang berjudul “Dilema yang terungkai” dan ianya boleh ditonton melalui pautan beriku:

Filem pendek ini mengisahkan seorang ayah yang tidak yakin dengan masa hadapan kedua-dua anaknya yang bersekolah di kolej vokasional dan mengambil bidang yang berasingan iaitu automotif dan kulinari.

Tanggapannya berubah apabila kedua-dua anak tersebut berjaya menggunakan kemahiran yang dipelajari untuk membantu keluarga itu.

Pasukan itu terdiri daripada tujuh pelajar iaitu Jierre Jerreld Jalibon, Nathanel Luin, Ag Mohd. Ashraf bin Rosli, Ian Chan Chun Kiat, Avela Justin , Helvian Andrew dan Mohd. Shahnizam bin Alimudin.

Pengarah kolej tersebut, Encik Johari @ Jaibet Bin Saibin, mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang terlibat dalam membantu pelajar ini menghasilkan filem tersebut dan berasa bangga dengan pencapaian pasukan ini yang berjaya menyampaikan mesej yang bermakna melalui hasil karya seni mereka.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *