Kalah Dalam PRN Lumrah – Shafie Apdal

, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

KOTA KINABALU: Kegagalan Parti Warisan Sabah (Warisan) menandingi enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri itu, baru-baru ini disifatkan lumrah untuk parti politik yang bertapak di tempat baharu.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, walaupun parti politik pimpinannya itu baru sahaja melebarkan sayap ke Johor namun sudah mempunyai jumlah penyokong yang ramai.

Menurutnya, beliau juga maklum keputusannya bertanding di PRN Johor bukan keputusan sesuai dilakukan ketika ini, namun ia adalah percubaan peringkat awal disamping membuat persiapan.

“Kita baru sahaja melancarkan (Warisan) pada Februari. Jumlah pengundi kita hingga beribu.

“Kita lihat macam mana kerangka penerimaan pimpinan. Kita tahu struktur pengundi Johor. Jadi tidak benar kalau cakap ini sebuah penolakan 100 peratus.

“Parti politik seperti PKR, DAP, Pas dan Amanah, tiada kerusi menang di Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shafie turut menyatakan pihaknya akan meneliti untuk memilih pakatan politik dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, PRN sebelum ini memperlihatkan pakatan politik diperlukan untuk meraih keyakinan pengundi disamping menyatakan PRN Johor baru-baru ini memperlihatkan tiada parti politik yang boleh berjuang bersendirian.

Mengulas lanjut, beliau berkata, walaupun sentimen dan strategi politik di Semenanjung dan Sabah berlainan tetapi mempunyai pakatan adalah pilihan lebih baik jika ingin menang pilihan raya.

“Kita akan bermesyuarat Sabtu ini dan melihat perincian (mengenai pakatan) dari segi kekuatan dan kawasan yang kita boleh tawan,” katanya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *