Kluster Baharu Libat Kumpulan Berisiko Dicatatkan Di Tuaran

umlah kes harian meningkat kepada 845 kes pada Ahad berbanding 796 kes kelmarin dan berpunca daripada jangkitan baharu yang meningkat di Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran.

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu Covid-19 dicatatkan di Sabah, iaitu kluster Kumpulan Berisiko melibatkan pusat penjagaan kebajikan Hope Village di Jalan Tambalang, Tuaran.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata, kluster berkenaan melibatkan seorang pelajar wanita berumur 20 tahun yang menjalani latihan amali di pusat jagaan itu dan tinggal di kuarters pekerja.

“Pelajar itu didapati positif melalui saringan bergejala pada 5 Mac lepas dan hari ini terdapat 40 kes baharu dicatatkan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Masidi yang juga jurucakap Covid-19 negeri berkata, kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 60 kes positif daripada kluster terbabit hasil saringan ke atas 88 kontak rapat kepada kes indeks.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih berjalan dan pesakit yang positif diasingkan dan diberi rawatan sewajarnya.

Masidi berkata, jumlah kes harian meningkat kepada 845 kes pada Ahad berbanding 796 kes kelmarin dan berpunca daripada jangkitan baharu yang meningkat di Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran.

“Risiko dan ancaman penularan virus dengan cepat dan meluas tetap ada, semua lapisan masyarakat perlu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) pada setiap masa,” katanya. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *