Jalan Raya Di Sabah Seperti Di Bulan Tular

Tangkap layar keadaan jalan raya berlubang di kawasan Telupid, Sabah.

KOTA KINABALU : Jika sebelum ini keadaan jalan raya di Sabah dilaporkan teruk dan merbahaya, namun kini ia lebih dasyat apabila dikatakan sama seperti permukaan di bulan.

Menerusi perkongsian satu klip video di laman sosial Ah Dan, kelihatan keadaan jalan raya di kawasan Telupid, Sabah itu ternyata tidak rata serta dipenuhi dengan lubang.

Bukan sahaja boleh mendatangkan bahaya kepada pemandu, malah turut memberi kesan jangka panjang kepada kenderaan.

Dalam pada itu, klip video berdurasi 21 saat itu turut memaparkan pemandu kenderaan pacuan empat roda tersebut meluahkan perasaannya menerusi sebuah lagu.

“Dari Kota Kinabalu pergi Sandakan, sampai Telupid ku kemurungan kerana jalannya macam di bulan,” nyanyi pemandu itu.

Meninjau ke ruangan komen, ada yang dilihat turut bersetuju bahawa jalan di kawasan berkenaan seakan-akan mirip seperti di bulan.

“Banyak-banyak jalan yang aku pernah lalu, jalan ini memang betul-betul mirip macam bulan,” kata Uchiha Sakura.

Bagaimanapun, rata-rata orang ramai dilihat menyeru pihak berkaitan untuk ambil perhatian dan tindakan susulan mengenai keadaan jalan raya terutama di Sabah.

“Pihak berwajib sila ambil perhatian dan tindakan, kesian rakyat,” ujar Dee.

“Mana pergi pihak berkaitan, bukan satu tapi sudah berlubang-lubang. Teruk sekali,” seloroh Yusrihashim67.  – KOSMO!

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *