Lelaki Cedera Kaki Tertusuk Anak Panah

KOTA BELUD: Aktiviti menangkap ikan menggunakan panah bertukar menjadi detik mengerikan bagi seorang lelaki setelah kakinya cedera tertusuk anak panah di sini, semalam.

Sebelum itu, lelaki berkenaan dikejarkan ke Hospital Kota Belud untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, pihak hospital terpaksa mendapatkan bantuan bomba akibat kesukaran mengeluarkan anak panah terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba
(PPgB) Mohammad Syazwan Latun berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.33 petang dari pihak Hospital Kota Belud.

Katanya, sepasukan tiga pegawai dan anggota bersama kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan ke Hospital Kota Belud.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *