Gajah Betina Ditemukan Mati Di Lahad Datu

Menurut pihak penguatkuasa, ada kemungkinan gajah itu mati kerana kerosakan sistem dalam badan serta keracunan, dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – Gambar hiasan

LAHAD DATU, 10 Mac : Seekor gajah betina ditemukan mati terdampar di sebuah ladang di Ulu Tungku, dekat sini pada dua hari lepas, dengan separuh badan mamalia itu berada di dalam air.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu Sylvester Saimin berkata bangkai gajah dianggarkan berusia 25 tahun itu ditemukan pada pukul 9 pagi oleh pekerja ladang, yang kemudian melaporkannya kepada Jabatan Hidupan Liar.

“Bedah siasat ke atas gajah itu dijalankan oleh Dr Nabila Sarkawi dari Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, dan beberapa sampel telah diambil untuk dianalisis bagi mengetahui punca kematiannya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sylvester berkata ada kemungkinan gajah itu mati kerana kerosakan sistem dalam badan serta keracunan, dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *