Pelajar Teknologi Kimpalan Bentang Projek di Persidangan Luar Negara

KENINGAU : Siti Aisyah Abdullah, pelajar jurusan teknologi kimpalan Kolej Vokasional Keningau, telah membentang projek tahun akhirnya di persidangan di Lubnan pada 4 Mac 2022.

Persidangan Middle East International Conference on Contemporary Scientific Studies tersebut merupakan anjuran Beirut Arab University dan ianya menampilkan puluhan delegasi pembentang dari 20 lebih buah negara.

Siti Aisyah telah membentang projeknya yang merupakan sebuah peralatan sukan yang membantu pemain bola keranjang atau tampar berlatih melontar bola dengan lebih baik.

Alat tersebut yang lebih dikenali sebagai “spike trainer” di pasaran merupakan peralatan sukan yang sering digunakan dalam latihan permainan sukan dan dia bercadang untuk membuat beberapa penambahbaikan.

Pengarah kolej tersebut, Johari @ Jaibet Bin Sabin, mengucapkan tahniah kepada pelajar ini kerana dia telah membuktikan kemampuan pelajar vokasional dalam bidang rekacipta dan berani mempertengahkan projek mereka melalui platform yang sesuai seperti persidangan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Rakaman pembentangannya boleh diakses melalui:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *