(VIDEO) Penunggang Motosikal Tahan Lelaki Miliki Pistol

Tangkap layar daripada video yang tular menunjukkan suspek berjaya ditahan orang awam di Papar.

PAPAR: Polis memuji tindakan pantas seorang penunggang motosikal yang berjaya menahan seorang lelaki selepas didapati memiliki sepucuk pistol.

Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu turut mendapat perhatian umum selepas tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek berusia 30-an terbabit.

Katanya, suspek lelaki tempatan ditahan hasil bantuan orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Berikutan penahanan itu, polis merampas sepucuk pistol yang berada dalam pemilikan suspek.

“Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti pemilik sebenar pistol berkenaan,” katanya. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *