Terus Meningkat, 32,070 Lagi Kes Baharu Covid-19 & 46 Kematian

Gambar Hiasan

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 32,070 kes Covid-19 dan 46 kematian semalam, termasuk 17 daripadanya diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu, 180 kes atau 0.56% pesakit termasuk dalam Kategori 3 hingga 5.

Manakala itu, 31,890 kes (99.44%) adalah dalam Kategori 1 dan 2, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 3,337,227.

Menerusi kenyataan Hisham berkata, terdapat 1,764 pesakit baharu dimasukkan ke hospital.

“Sebanyak 645 kes atau 36.6% adalah Kategori 3 hingga 5 manakala baki 1,119 kes atau 63.4% adalah Kategori 1 dan 2,” katanya.

Hisham berkata, 23,332 pesakit telah sembuh menjadikan jumlah keseluruhannya 3,018,172.

Sebanyak 16 kluster baharu dilaporkan semalam, menjadikan keseluruhan 6,762 kluster dikesan sehingga kini dengan 510 daripadanya aktif.

Beliau berkata, terdapat 209 kes import dan baki 31,861 kes jangkitan tempatan membabitkan 30,956 warganegara serta 905 warga asing.

“Seramai 327 pesakit masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 135 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 192 lagi disyaki dijangkiti virus itu.

“Mereka termasuklah 201 pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan dengan 74 orang daripadanya positif Covid-19 dan selebihnya 192 kes masih dalam siasatan,” katanya.

Setakat semalam sebanyak, 8,039 katil Covid-19 tidak kritikal di hospital digunakan oleh pesakit Covid-19 atau 67% daripada jumlah kapasiti, sementara penggunaan katil ICU ialah 840 atau 39% daripada kapasiti katil.

Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) Covid-19 negara pula direkodkan pada 1.13.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *