Lelaki Maut Kenderaan Bertembung Lori Treler Di Tuaran

Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori treler dalam kejadian di Jalan Kampung Serusup pagi tadi. – Foto BOMBA

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut setelah kenderaan dinaiki bertembung dengan sebuah lori treler di Jalan Kampung Serusup, Tuaran pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.22 pagi itu, mangsa, Low Lian Hwa, 63, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mangsa maut di lokasi kejadian selepas kenderaannya bertembung lori treler di Jalan Kampung Serusup, Tuaran, pagi tadi. – Foto BOMBA

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Mohd. Qawie Abd Gapar berkata, selepas menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan berkenaan, sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, terdapat sebuah Proton Saga terbabas di bahu jalan selepas bertembung dengan sebuah lori treler.

“Seorang lelaki yang tersepit dalam kereta Proton tersebut berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh anggota Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut.

Setelah memastikan tiada bahaya lain, operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 11 pagi.  – Utusan Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *