KENINGAU : Seorang pelajar berkeperluan khas Kolej Vokasional Keningau, Aaron Yong Tzy Seng, telah mendapat hadiah pertama kategori cerita animasi di festival seni “Under the Skies of Australia” yang berlangsung pada 20 Februari 2022.
Pelajar tersebut yang dibimbing oleh gurunya, Adzrul Bin Abin, telah menyampaikan cerita animasi bertajuk “Gimbaran”.
Cerita rakyat ini mengisahkan seorang remaja lelaki yang memasuki hutan untuk mengumpul kayu api memandangkan ayahnya telah jatuh sakit dan tidak dapat melaksanakan tugas tersebut.
Dia telah bertemu dengan seorang lelaki berjanggut yang meminta bantuannya untuk memikul karung yang penuh dengan gelang emas.
Remaja itu berhasrat untuk mengambil gelang emas tersebut tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk bersikap jujur dan terus membantu lelaki itu.
Dia akhirnya diberi ganjaran kerana hatinya yang murni oleh lelaki tersebut yang merupakan makhluk ajaib.
Pengarah kolej itu, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, mengucapkan tahniah kepada pelajar dan guru itu kerana pencapaian yang membuktikan bahawa pelajar istimewa memiliki bakat yang hebat dan ianya perlu diasah agar mereka dapat meneroka lebih banyak peluang.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost
Video pelajar tersebut boleh diakses melalui pautan berikut: