Jangkitan Kanak-Kanak Tinggi, Ibu Bapa Disaran Pastikan Anak Divaksin

Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Jangkitan kes Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak dibawah umur 11 tahun kekal tinggi dengan 673 orang.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu, seramai 283 dibawah umur 5 tahun yang belum layak diberi vaksin dijangkiti manakala, 390 orang lagi berumur antara 5 hingga 11 tahun yang belum menerima vaksin walaupun sudah layak memperolehinya.

Kedua kumpulan ini merupakan 12.56 peratus daripada jumlah keseluruhan kes Covid di Sabah hari ini iaitu 5,359 kes positif.

“Untuk itu, ibu-bapa disaran membawa anak-anak mereka yang sudah layak di vaksin untuk memperolehinya bagi mengurangkan risiko jangkitan atau kesan jangkitan yang lebih serius,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes harian Covid-19 hari ini menunjukkan sedikit penurunan namun, bilangan kes yang tinggi ini dijangka akan kekal dalam masa terdekat berikutan penularan kes sporadik dalam komuniti yang tinggi. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *