Bomba Bantu Ambil Mayat Dibawah Rumah Perkampungan Atas Air

Foto Ihsan BOMBA

SANDAKAN: Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan membantu mengambil mayat lelaki yang ditemukan di bawah rumah atas air di Kampung Cenderamata, Karamunting.

Ketua Balai Bomba Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai bantuan mengambil mayat mangsa di bawah rumah atas air pada jam 11.17 pagi.

Kemudian sekumpulan anggota bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil mangsa dikenali sebagai Rahman Salleh, 31, yang berada di bawah rumah.

“Pasukan bomba mengambil mayat dengan menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) lengkap dan menyerahkan mangsa kepada PDRM untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.48 tengah hari.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Data daripada Kementerian Kesihatan pada Isnin menunjukkan terdapat 36 kluster Covid-19 aktif di negeri itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *