Deklamasi Puisi Pelajar Sabah Menang Anugerah Di Festival Seni Brazil

KENINGAU : Pasukan pelajar Kolej Vokasional Keningau telah memenangi hadiah pertama di festival seni “Under the Brazilian Sun” yang dianjurkan secara dalam talian pada 10 Februari 2022 atas persembahan puisi mereka yang bertajuk Planet Pals (Sahabat Planet).

Pasukan tersebut terdiri daripada enam pelajar pendidikan awal kanak-kanak iaitu Anzenikha Zali, Britney Avril Edward, Carmelina Taunek @ Clement, Ivona Trina Mingkim, Shendy Erlianna Jackson dan Larius Pitili.

Pasukan ini mempersembahkan puisi secara berkumpulan dimana setiap ahli mendeklamasikan rangkap masing-masing berdasarkan enam watak yang berkonsepkan alam sekitar.

Puisi tersebut menggesa masyarakat untuk lebih peka dan proaktif dalam menangani masalah alam sekitar seperti pencemaran laut, penebangan hutan dan kepupusan spesies haiwan.

Pengarah kolej tersebut, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, mengucapkan tahniah kepada pasukan ini atas usaha mereka menyertai festival seni ini dengan persembahan yang menarik serta penyampaian mesej yang penting.

Dia menggalakkan para pelajar serta guru di kolej tersebut agar terus mengasah bakat dalam bidang seni dan karya penulisan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Video persembahan pelajar tersebut boleh diakses melalui pautan berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *