Kad Warga Asing Sabah : Jangan Buat Andaian Terburu-Buru – Hajiji

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

KOTA KINABALU, 11 Feb : Kad Warga Asiang adalah cadangan Jawatankuasa Teknikal yang akan dibincangkan lebih lanjut oleh kerajaan negeri Sabah sebelum keputusan muktamad dibuat, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata cadangan itu perlu melalui penelitian rapi dengan mengambil kira pandangan dan input daripada semua termasuk parti politik, aktivis serta rakyat dan meminta rakyat supaya tidak membuat andaian secara terburu-buru.

Tegasnya, cadangan berkenaan tidak melibatkan pemberian kad pengenalan mahupun dokumen kepada warga asing untuk memberikan mereka taraf kewarganegaraan.

“Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing Sabah (JKPWAS-Induk) ditubuhkan berikutan saranan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) untuk platform bersama antara kerajaan negeri dan Persekutuan bagi menguruskan isu ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kad warga asing akan diwujudkan sebagai dokumen bagi kerajaan mengenal pasti bilangan serta keberadaan warga asing yang tinggal lama di Sabah termasuk kanak-kanak, sambil menyifatkan ia satu cadangan yang baik.

Hajiji berkata Kad Warga Asing dan Kad Pekerja Asing telah dicadangkan untuk menjadi dokumen standard bagi semua pemegang IMM13, Sijil Banci dan Kad Burung-Burung dikeluarkan sebelum ini kepada pendatang Filipina dan semua pekerja asing yang sah.

“Cadangan Kad Pekerja Asing dikeluarkan kepada semua pekerja asing dalam sektor perladangan, pertanian dan perikanan, pembuatan, pembinaan dan pembantu rumah antara lain.

“Kita perlu mewujudkan pangkalan data pekerja asing supaya ada rekod sistematik mengenai kehadiran mereka di negeri ini,” katanya.

Menurut beliau, Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Sabah (JKKNS) terdiri daripada ESSCom, Angkatan Tentera, polis, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran, Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai sekretariat bersama.

Hajiji berkata kerajaan negeri diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berazam untuk menyelesaikan isu pendatang tanpa izin yang berlarutan sejak sekian lama.

“Sebagai kerajaan bertanggungjawab, kerajaan negeri sentiasa berpandukan kepentingan rakyat dan negeri dalam membuat keputusan. Kerajaan negeri mengambil maklum semua pandangan dan input daripada semua pihak berikutan kenyataan Menteri Dalam Negeri,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan negeri berpegang teguh kepada prinsip ketelusan dalam mencari penyelesaian kepada isu pendatang tanpa izin dan memastikan semua mendapat maklumat tepat mengenai perkara itu.

“Pendirian kami semua pendatang asing tanpa izin mesti dihantar pulang dan hanya mereka yang bekerja secara sah di negeri ini diberikan kad pekerja asing. Pemeriksaan latar belakang akan dilakukan dan mereka yang mempunyai rekod jenayah berdepan dengan tindakan undang-undang sewajarnya,” tegas Hajiji.

Katanya, ia selaras dengan usaha kerajaan untuk menarik lebih banyak pelaburan ke Sabah dan antara kriteria utama ialah ketersediaan tenaga kerja yang mencukupi.

Beliau turut mengalu-alukan usaha kerajaan Persekut – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *