Sabah Hadkan Perhimpunan Orang Ramai Susulan Lonjakan Kes Covid-19

Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor pada pameran produk tempatan di Ranau baru-baru ini. Kerajaan negeri mengumumkan sekatan ke atas acara awam hari ini berikutan lonjakan kes Covid-19.

KOTA KINABALU: Sabah mula mengenakan sekatan ke atas penganjuran acara kerajaan dan sosial di Sabah selepas jangkitan Covid-19 melonjak minggu lalu.

Kerajaan negeri memutuskan untuk hanya membenarkan had maksimum 150 orang, atau separuh kapasiti tempat dengan acara dihadkan kepada tempoh dua jam atau tiga jam.

Sebanyak 3,361 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam, meningkat 392 kes berbanding semalam dengan dua kluster direkodkan sekaligus menjadikan 36 kluster aktif Covid-19.

Masidi Manjun.

Selain itu, lima kes dilaporkan melibatkan Kategori 3, Kategori 4 (2) dan satu bagi Kategori 5. Secara keseluruhan, sebanyak 3,353 kes baharu atau 99.76% Kategori 1 dan 2.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Masidi Manjun berkata, acara perhimpunan dan sosial hanya boleh melibatkan 150 orang atau 50% daripada kapasiti tempat, atau yang mana lebih rendah, dan hanya boleh diadakan untuk tempoh dua jam.

Acara ini termasuk aktiviti keagamaan, ulang tahun, perayaan dan perjumpaan. Bagaimanapun majlis sosial seperti majlis perkahwinan dan pertunangan tidak boleh berlangsung lebih daripada tiga jam.

Beliau berkata, peserta mesti mengambil ujian kit Covid-19 dan perlu dipantau penganjur atau keputusan ujian disahkan oleh pengamal perubatan. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *