Jangkitan Covid-19 Di Sabah Terus Melonjak

Gambah Hiasan

KOTA KINABALU: Jangkitan harian COVID-19 di Sabah melonjak semula kepada 3,361 kes hari ini selepas 2,969 jangkitan direkodkan yang berkurangan berbanding 3,333 kes kelmarin.

Ia menjadikan kes baharu hari ini yang membabitkan peningkatan 392 kes berbanding semalam, yang tertinggi di Sabah sejak Ogos lalu.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, bagaimanapun berkata 99.76 peratus atau 3,353 kes daripada 3,361 kes hari ini hanya berada dalam Kategori 1 dan Kategori 2, lima kes dalam Kategori 3 dan masing-masing dua serta satu kes dalam Kategori 4 dan 5.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, berkata daerah Kota Kinabalu kekal mencatat kes tertinggi dengan 782 kes baharu hari ini, diikuti Sandakan sebanyak 374 kes, Tuaran (310), Tawau (263), Penampang (254), Papar (244), Lahad Datu (152), Beaufort (123), Kota Belud (122) dan Ranau (107).

“Sebanyak 15 daerah lain mencatat kes dua angka, manakala hanya dua daerah mencatat kes satu angka, iaitu Tongod dan Kalabakan. Kes melalui saringan bergejala kekal tinggi dengan 1,785 kes atau 53.11 peratus daripada keseluruhan jumlah jangkitan hari ini.

“Sebanyak 18 daripada 27 daerah di Sabah merekodkan kes bergejala yang lebih tinggi selain mencatat pertambahan kes baharu yang banyak,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Masidi berkata, sebanyak 36 kluster aktif di seluruh Sabah ketika ini, termasuk dua lagi kluster baharu yang disytihar hari ini di daerah Nabawan dan Kota Belud.

“Dua puluh enam daripada kluster ini membabitkan institusi pendidikan, enam kluster tempat kerja, dua kluster komuniti dan masing-masing satu kluster keagamaan serta kluster berisiko tinggi,” katanya. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *