
KOTA KINABALU: Kes Covid-19 di Sabah terus melambung dan melepasi angka 2,000 kes hari ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun berkata, jumlah kes baharu meningkat sebanyak 469 kes berbanding semalam.
“‘Siling’ 2,000 pecah! Kes baharu melepasi angka 2,000 dengan 2,609 (kes hari ini).
“Selain Sandakan, Kalabakan dan Tongod, semua daerah lain mencatatkan peningkatan, iaitu Kota Kinabalu mencatatkan 395 kes, Tuaran (192), Papar (161), Penampang (161), Lahad Datu (137) dan Tawau (133),” katanya menerusi Twitter.
Beliau berkata, 99.37% kes baharu itu adalah dalam Kategori 1 dan 2.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost