Guru Sabah Penceramah Jemputan Festival Guru Britain

KENINGAU : Pasukan guru Sabah yang terdiri daripada Dr. Sirhajwan Idek dan Cik Sydney Engelbert, guru Bahasa Inggeris Kolej Vokasional Keningau, telah dipilih menjadi sebahagian daripada penceramah utama bagi Global Teachers’ Festival anjuran Macmillan United Kingdom yang berlangsung secara dalam talian dari 14 Februari sehingga 25 Februari 2022.

Kedua-dua guru ini akan berkongsi amalan pembelajaran berunsurkan drama.

Orang awam dan golongan pendidik boleh mendaftar secara percuma sekiranya berminat untuk hadir ke sesi mereka melalui pautan berikut: https://www.macmillanenglish.com/us/training-events/events-webinars/event/day-seven-tuesday-22th-february

Kedua-dua guru ini mewakili projek seni “Dau Dau” yang telah memenangi Simon Greenall Award pada tahun 2021.

Projek ini telah diasas oleh Dr. Sirhajwan Idek beserta seorang lagi guru Bahasa Inggeris iaitu Cikgu Nurazilah Othman yang pernah menjadi penceramah jemputan Macmillan pada tahun lepas.

Pada sesi kali ini, Cikgu Sydney dan Dr. Sirhajwan akan mengulas lebih lanjut amalan drama dalam kelas Bahasa Inggeris melalui tiga jenis aktiviti seni: monolog, drama radio dan pantomim.

Pengarah kolej tersebut, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, meluahkan rasa bangga dengan pengiktirafan yang telah dicapai oleh pasukan guru ini yang telah membantu para pelajar kolej tersebut menghasilkan pelbagai video persembahan dalam bidang seni dan telah menerima banyak anugerah di peringkat tempatan dan global.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *