KENINGAU: Seorang maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Keningau-Sook, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superitendan Nor Rafidah Kasim berkata nahas berlaku apabila sebuah kenderaan jenis Proton Persona yang dipandu seorang lelaki, bertembung dengan sebuah lori Isuzu, di Jalan Batu 18 Keningau – Sook, kira-kira 3.40 petang.
Pemandu Proton Persona, berusia lingkungan 30an, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Menurut Nor Rafidah, siasatan awal mendapati ketika kejadian, kenderaan Proton Persona dipandu mangsa bergerak dari arah Jalan Keningau menuju ke Sook, sebelum hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori Isuzu berkenaan.
Akibat perlanggaran itu, mangsa tercampak keluar dari kenderaannya.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost