Lagi Kluster Baharu Babitkan Institut Pendidikan Di Sabah

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Satu lagi kluster Covid-19 membabitkan institut pendidikan tercetus di Sabah iaitu Kluster Jalan Sri Balung di Tawau.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata, kluster terbabit membabitkan pelajar asrama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, Tawau.

Masidi Manjun berkata, kes indeks adalah seorang pelajar asrama lelaki tingkatan empat yang mula bergejala pada 19 Jan dan kemudian menjalani saringan di klinik kesihatan sebelum disahkan positif 21 Jan.

Katanya, kes indeks adalah seorang pelajar asrama lelaki tingkatan empat yang mula bergejala pada 19 Jan dan kemudian menjalani saringan di klinik kesihatan sebelum disahkan positif 21 Jan.

“Saringan ke atas kontak rapat mendapati 17 orang lagi pelajar didapati positif menjadikan jumlah yang terlibat seramai 18 orang setakat ini.

“Kesemua pelajar yang dijangkiti adalah dalam kategori 1 dan 2 dan telah diasingkan serta diberi rawatan yang sesuai,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Masidi yang juga jurucakap negeri berkaitan Covid-19 berkata, jumlah kes harian di Sabah hari ini melonjak lebih dua kali ganda daripada jumlah semalam iaitu 314 kes berbanding hanya 118 kes semalam.

Katanya, empat daerah mencatatkan angka jangkitan baharu yang agak tinggi iaitu Sandakan (68 kes), Kota Kinabalu (61 kes), Beaufort (39 kes) dan Tuaran 34 kes.

“Secara keseluruhan, terdapat sembilan daerah mencatat kes baharu dua angka, 14 daerah dengan catatan satu angka dan 4 daerah tidak merekodkan apa2 kes baharu,” katanya.

Katanya, berdasarkan laporan dan statistik harian yang disediakan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, punca kenaikan mendadak kes baharu hari ini ialah kerana bilangan saringan positif yang agak tinggi di kalangan kontak rapat dan kes-kes baharu daripada kluster-kluster aktif.

Beliau berkata, sebanyak 64 kes baharu hari ini datang daripada kluster-kluster dan 143 pula adalah dikalangan kontak rapat dengan 312 daripada 314 kes baharu adalah dalam Kategori 1 dan 2, dua kes dalam Kategori 3 dan tiada pesakit dalam Kategori 4 dan 5. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *