Nyaris Maut Kenderaan Bertembung Lori Di Beaufort

Keadaan kemalangan kenderaan jenis MPV dan lori 10 tan.

BEAUFORT: Seorang lelaki mengalami kecederaan apabila kenderaan dinaiki bertembung dengan sebuah lori 10 tan di Bulatan Pertanian berhampiran Jabatan Kerja Raya, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, mangsa, Azmi Abdul Hamid,38, mengalami kecederaan dalam kemalangan berkenaan.

Keadaan kemalangan kenderaan jenis MPV dan lori 10 tan.

Ketua Balai BBP Beaufort, Mohamad Hasbullah Nenggok berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 1.29 pagi dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Apabila tiba di lokasi, didapati terdapat dua kenderaan bertembung dan seorang mangsa tersepit dalam kenderaan. Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa diberi rawatan awal oleh unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS) sebelum diserahkan kepada pihak ambulans dan dihantar ke Hospital Beaufort untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2 pagi selepas memastikan tiada lagi bahaya lain yang wujud.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *