Lagi Pemimpin KDM Warisan Keluar Parti Di Tuaran

KOTA KINABALU: Lagi pempimpin-pemimpin dari kawasan Kadazan Dusun Murut Warisan keluar parti, kali ini di bahagian Tuaran, menurut kenyataan media.

Semalam, pemimpin bahagian Tuaran diketuai Timbalan Ketua Bahagian Michael Angkui dan Ketua Wanita Bahagian Tuaran yang juga AJK Exco Wanita Negeri, Kiniah @ Mary Galanson mengumumkan keluar Warisan.

Majlis pengumuman yang dibuat di Tuaran itu turut disertai bekas Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Warisan negeri yang juga bendahari Warisan bahagian, Henry Saimpon; Timbalan Ketua Wira Bahagian, John Saimpon; Timbalan Ketua Wirawati Bahagian, Erwina Nuar dan beberapa ketua, AJK Bahagian  dan AJK cawangan, ketua pusat daerah mengundi dan mantan pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung. – Harian Ekspress

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *