Pelajar KV Keningau Bentang Inovasi Di Persidangan Dalam Talian Tokyo

KENINGAU: Pelajar jurusan teknologi automotif Kolej Vokasional Keningau, Syahmi Zunurrayn Sanjay, telah membentang projek tahun akhirnya di International Conference on Innovative Studies of Contemporary Sciences, Tokyo, Jepun, pada 15 Januari 2022.

Persidangan yang berlangsung selama tiga hari itu adalah anjuran persatuan ilmiah, IKSAD, dan ianya menampilkan pembentang dari 28 negara.

Pelajar ini telah mengubahsuai pemampat spring Macpherson agar ianya boleh dioperasikan secara elektronik dan berasaskan mekanisme motor.

Pemampat spring digunakan untuk melonggarkan spring penyerap hentakan kereta untuk tujuan penyelenggaraan dan diketatkan semula apabila penyelenggaraan selesai.

Pemampang spring biasanya digunakan secara manual dan pelajar ini berhasrat untuk mengurangkan penggunaan tenaga manusia, mempercepatkan, memudahkan serta menjadikan proses tersebut lebih selamat dengan hasil rekaannya ini.

Pengarah kolej tersebut, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, memuji usaha pelajar ini kerana merekacipta sesuatu yang memudahkan proses kerja dalam bidang penyelenggaraan kereta selari dengan program yang diambilnya.

Dia juga berharap agar inovasi sebegini dapat diperkembangkan dengan luas.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Rakaman pembentangannya boleh diakses melalui pautan berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *