Lelaki Maut Ketika Mendaki

Pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.50 petang melalui panggilan MERS999 berkaitan mangsa di kawasan bukit berkenaan.

TAWAU, 16 Jan : Seorang lelaki jatuh pengsan dan meninggal dunia ketika sedang melakukan aktiviti mendaki di Bukit Pancang, kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, TPgB Julius John Stephen Jr berkata, mangsa dikenali Shang Yun Fui, 43-tahun, disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.50-petang melalui panggilan MERS999 berkaitan mangsa di kawasan bukit berkenaan.

Susulan itu, pasukan bomba telah bergegas dari balai ke lokasi kejadian pada jarak sejauh 14-kilometer.

Sebaik tiba, Pasukan Bomba bersama-sama pihak KKM telah berjalan kaki sejauh 3-kilometer bagi mengesan mangsa dilaporkan pensan. Beliau berkata demikian dalam kenyataannya kepada pemberita.

Menurutnya, sebaik mangsa disahkan meninggal dunia, pasukan bomba telah membantu membawa turun mangsa menggunakan ‘stretcher’ dari kawasan bukit ke kawasan selamat di kaki bukit.

Usaha menurunkan mayat mangsa mengambil masa empat jam dan tiba di kaki bukit kira-kira pukul 10.50-malam. Katanya, mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pukul 11-malam.

SumbeR: BESTAWAUfm

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *