20 Minit Tahan Sakit Kemaluan Tersepit Zip Seluar

Anggota  bomba berusaha melepaskan kemaluan kanak-kanak terbabit daripada tersepit pada zip seluarnya.  – Foto BOMBA

MEMBAKU: Kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun berdepan azab kesakitan hampir sejam selepas kemaluannya tersepit pada zip seluarnya, hari ini.

Dalam kejadian 9.45 pagi itu, mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Membakut untuk mendapatkan bantuan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.52 pagi.

Katanya, susulan itu, sepasukan tiga anggota dan pegawai dihantar ke lokasi.

“Sebaik tiba di Klinik Kesihatan Membakut, pasukan operasi mendapati kemaluan mangsa masih tersepit di zip seluar.

“Mereka terus bertindak memotong zip berkenaan dan melonggarkan bahagian yang tersepit,” katanya dalam kenyataan, di sini. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *