Kanak-Kanak Dua Tahun Ditemui Lemas Dalam Sungai

Mangsa ditemui orang awam dan meninggal dunia di Kampung Sungai Zon Kumaraling, Tambunan.

TAMBUNAN : Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan hilang ditemui lemas di Sungai Zon Kumaraling, Tambunan pada Isnin.

Mangsa dikenali sebagai Mohammad Syaril ditemui pada jam 10.05 pagi iaitu kira-kira tiga kilometer dari lokasi kanak-kanak itu dilaporkan hilang.

Mangsa ditemui orang awam dan meninggal dunia di Kampung Sungai Zon Kumaraling, Tambunan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, Desmond Micky berkata, mangsa ditemui oleh orang awam ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan.

“Sebaik terima panggilan, pasukan bomba bergegas ke lokasi untuk mendapatkan maklumat serta menjalankan operasi SAR.

“Mangsa kemudian ditemui orang awam pada jam 10.05 pagi tadi di jarak tiga kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Desmond berkata, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi ditamatkan pada jam 11 pagi,” katanya.

Sebelum itu, mangsa disedari hilang oleh ibunya pada jam 6 petang Ahad apabila menemui selipar anaknya di tebing sungai berkenaan. – SINAR

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *