Pelajar KV Keningau Johan Drama Radio Di Festival Seni Argentina

KENINGAU: Sepasukan pelajar dari Kolej Vokasional Keningau telah dianugerahkan dengan kedudukan tempat pertama bagi kategori drama radio di festival seni “Argentine Gathering” yang berpusat di Buenos Aires, Argentina, pada 5 Januari 2022.

Pasukan tersebut dianggotai oleh Nur Afiqa Amani, Adibah Maisarah Mohd Fahmi, Nur Aini Warni, Kelvin Lester William dan Zell Ashraf Kusnadi yang berumur 18 tahun dan kelima-lima mereka adalah pelajar program seni kulinari di kolej tersebut.

Radio drama adalah persembahan teater yang disampaikan sepenuhnya melalui dialog, kesan bunyi dan muzik tanpa sebarang visual.

Ianya satu genre yang popular pada awal kurun ke-20 sebelum television dikomersialkan secara meluas.

Pasukan ini mempersembahkan drama radio yang berlatarkan sebuah restauran semasa jamuan dikalangan pekerja-pekerja restauran tersebut yang kemudiannya menjadi tegang apabila mereka mendapati ikan hias pemilik restauran tersebut telah hilang dari akuarium.

Pengarah kolej tersebut, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar ini memandangkan mereka telah berjaya menunjukkan bakat mereka dalam bidang seni melalui penyertaan ini.

Dia berharap agar budaya seni terus dipupuk dikalangan pelajar-pelajar di Malaysia khususnya di Sabah.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Rakaman persembahan mereka yang bertajuk “Something Fishy” itu boleh diakses melalui:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *