11 Penumpang Cedera Van Bertembung Pacuan Empat Roda Di Jalan Poring

Foto Ihsan Bomba

RANAU: Seramai 11 penumpang cedera selepas van dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Poring, Kampung Poring di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, van jenis Toyota Hiace berkenaan, bertembung dengan sebuah Isuzu DMax.

Foto Ihsan Bomba

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan, jam 3.05 petang.

Sepasukan 6 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II), Becket Gumat bersama sebuah jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

11 mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dan pasukan bomba terus membantu memberikan rawatan awal.

Tiga mangsa dihantar ke Hospital Ranau menggunakan van EMRS manakala lapan lagi mangsa dihantar ke hospital sama menggunakan ambulans.

Operasi ditamatkan jam 5 petang.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *