LHDN Sandakan Cetus Kluster Baharu Di Sabah

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata, sebanyak sebanyak 224 kes baharu dicatatkan hari ini, turun lapan kes berbanding semalam.

KOTA KINABALU: Kluster baharu yang direkodkan di Sabah, hari ini, iaitu Jalan Labuk Batu 7 tercetus daripada tempat kerja iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Sandakan, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun.

Katanya, kes indeks adalah lelaki tempatan yang telah mengalami gejala demam, batuk dan selesema pada 9 Dis dan disahkan positif dengan ‘grading’ 97% melalui RTK Antigen Covid-19 di klinik swasta.

“Siasatan lanjut mendapati 19 lagi kes positif terdiri daripada ahli keluarga serta rakan sekerja kepada kes indeks. Jumlah kes kumulatif dalam kluster ini adalah 20 kes termasuk tiga kes baharu dilaporkan pada hari ini.

“Premis terbabit telah ditutup sementara untuk disinfeksi dan semua pesakit telah diasingkan serta diberi rawatan yang sesuai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Masidi berkata yang juga jurucakap negeri berkaitan Covid-19 berkata, kedudukan jangkitan wabak itu di Sabah menampakkan tanda-tanda penstabilan apabila jumlah terbaru tidak banyak berubah dengan jumlah semalam.

Katanya, sebanyak 224 kes bahari direkodkan hari ini, turun lapan kes berbanding semalam.

“Hampir 97% daripada jumlah kes yang didaftarkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, yang hanya memerlukan pemantauan atau rawatan sama ada di rumah atau PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah).

“Bagi kategori yang memerlukan rawatan di hospital pula, terdapat empat pesakit dalam Kategori 3, tiada pesakit dalam Kategori 4 dan dua pesakit dalam Kategori 5 manakala satu pesakit masih dalam penilaian pihak JKNS (Jabatan Kesihatan Negeri Sabah),” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *