
CARA BUAT SEMAKAN & BAYAR SAMAN PDRM MELALUI MESIN ATM MAYBANK
Dengar kata masih ramai yang tak dapat akses Portal MyBayar Saman untuk dapatkan diskaun 80% sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.
Nak beratur di IPD tu punyalah panjang barisannya… Tak sanggup nak bersesak kan?
Siapa yang tak dapat nak bayar saman lagi tu boleh guna kaedah ini.
Hanya bayar saman di mesin ATM sahaja.
Yang ni mesin ATM Maybank ya.
Mahu tahu caranya?
Lanjutan Diskaun Saman PDRM 80% Hingga 31 Disember 2021
YDH IG Tan Sri Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani, Ketua Polis Negara telah mengumumkan bahawa tempoh pengurangan kadar kompaun saman 80% akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.
Orang ramai boleh menjelaskan saman melalui :
- Di Semua Kaunter Bayaran Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Serta Daerah Seluruh Negara.
- Portal Dan Aplikasi Mudah Alih Mybayar Saman
- Pejabat Pos Malaysia
- ATM Maybank
Di sini kami kongsikan cara buat bayaran saman PDRM melalui ATM Maybank.
Cara Bayar Saman Melalui Mesin ATM Maybank
Simple saja caranya, boleh rujuk langkah-langkah seperti bawah ni.
- TEKAN PAYBILLS
- TEKAN PEMBAYARAN SAMAN PDRM
- TERUSKAN
- MASUK KAN NO IC
- TEKAN UTK BUAT BAYARAN
Rujuk langkah bergambar di bawah:
LANGKAH 1
Tekan Paybills

LANGKAH 2
Tekan Pembayaran Saman PDRM.

LANGKAH 3
Pilih PEMBAYARAN SAMAN PDRM

LANGKAH 4
Masukkan nombor IC / kad pengenalan anda.

LANGKAH 5
Teruskan pembayaran anda.


Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost