Dakwaan Komplot Serangan Ke Atas Sabah Oleh Tentera Sulu, Tidak Benar & Dimainkan Pihak Tertentu – Hazani

Hazani Ghazali

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali, berkata dakwaan terdapat komplot perancangan serangan ke atas Sabah oleh tentera Sulu, adalah tidak benar dan telah dimainkan oleh pihak tertentu yang cemburu dengan keamanan di negara ini khususnya di Sabah.

Menurutnya, berdasarkan maklumat, perjumpaan di Selatan Filipina itu tiada kaitan dengan perancangan untuk menyerang Sabah.

Sebaliknya perjumpaan berkenaan adalah berkaitan isu keselamatan dan pelaburan di wilayah berkenaan.

“(Dakwaan ini) telah dimainkan dimanipulate oleh pihak-pihak tertentu yang cemburu dengan keamanan dan keselamatan yang telah dicapai oleh negeri Sabah khasnya dan Malaysia keseluruhannya. So maklumat tu maklumat tidak sahih dan kita baru dapat info memang ada perjumpaan disana tapi bukan berkaitan untuk invade atau nak serang Sabah dan sebagainya tapi lebih kepada hal berkaitan keselamatan disana dan mereka fokus untuk keselamatan disana dan untuk pertahankan keselamatan mereka disana daripada elemen elemen pengganas dan elemen lain yang menyalahi undang-undang (lawless elements) dan sebagainya kemudian nak menjemput pelabur masuk ke kawasan mereka,” katanya.

“Ini tiada kena mengena dengan cubaan ataupun untuk serangan terhadap Sabah. Itu maklumat tak sahih yang telah dimainkan oleh pihak-pihak tertentu.”

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *