Dua Lelaki Ditahan Curi Kabel

KOTA KINABALU: Dua lelaki ditahan polis selepas dikesan sedang melakukan jenayah mencuri kabel elektrik, di Jalan Sulaman Manggatal, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.27 malam itu, kedua-dua suspek yang dikatakan cuba berselindung di sebalik kawasan semak bagi mengelakkan dikesan disedari orang awan yang kemudiannya terus menghubungi polis.

Pasukan polis yang menerima maklumat terus melancarkan operasi serbuan dan berjaya menahan dua lelaki berusia 40 dan 49 tahun terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, maklumat disalurkan orang awam selepas kelibat kedua-dua suspek yang mencurigakan.

Katanya, sebaik diserbu, pasukan operasi mendapati kedua-dua suspek terbabit sedang melakukan kegiatan mencuri kabel elektrik milik Sabah Elektrikcity Sdn Bhd (SESB).

“Siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek tinggal di Kampung Suang Parai, Alamesra dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Suspek berusia 49 tahun terbabit mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkaitan dadah, empat kes mencuri serta pecah masuk rumah,”katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, kedua-dua suspek terus ditahan dan beberapa kabel yang dicuri serta peralatan termasuk pemotong besi dan gergaji besi yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan memotong kabel berkenaan turut dirampas.

Katanya, kedua-dua suspek turut didapati positif dadah jenis methapetamine serta amphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *