Pemeran Kucing Pupuk Minat Cintakan Haiwan

TAWAU : Lebih 500 pengunjung hadir menyaksikan gelagat pelbagai spesis kucing sempena Pameran Kucing yang diadakan di pusat membeli belah Eastern Plaza, di sini.

Pameran haiwan peliharaan selama dua hari yang bermula pada Sabtu itu membolehkan pengunjung melihat sendiri beberapa spesis kucing yang dipamerkan antaranya jenis Pedigree, British Short Hair (BSH), Sphynx, Cornish Rex, Abbyssinian, dan Bengal selain kucing yang diselamatkan.

Pameran yang julung-julung kalinya diadakan ini dijayakan bersama oleh The Mira’s Cat House; De miRas Paws Cattery; AY Petshop; Pencinta Kucing Sabah dan Group Pemilik & Peminat Kucing BSH Pantai Timur.

Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Sabah, Lo Su Fui yang hadir meluangkan masa memberi sokongan memuji inisiatif yang diambil pihak penganjur dalam memupuk minat masyarakat agar mencintai haiwan.

Beliau berharap penganjuran acara seumpama itu dapat diadakan pada skala yang lebih besar masa akan datang.

Pada akhir acara itu, Lo turut menyampaikan hadiah berupa hamper kepada beberapa pengunjung bertuah.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *