Bomba Tangkap Ular Sawa Telan Dua Ekor Kucing

KOTA KINABALU: Seekor ular sawa sepanjang lebih tiga meter berjaya ditangkap selepas menelan dua ekor kucing di sebuah rumah di Taman Melawa Jaya, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, ular sawa jenis batik berkenaan dilaporkan berjaya ditangkap di dalam sangkar yang menempatkan tiga ekor kucing.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.48 pagi.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama sebuah jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba dilokasi kejadian mendapati, terdapat seekor ular sawa batik berada di dalam sangkar kucing.

“Ular sawa berkenaan dipercayai menelan dua ekor kucing manakala seekor lagi kucing mati di dalam sangkar,”katanya ketika dihubungi, hari ini.

Agustavia berkata, pasukan bomba terus menjalankan operasi menangkap ular berkenaan dengan menggunakan peralatan ‘snake catcher’.

Katanya, pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat pada jam 9.08 pagi. – Asiatimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *