6 Penghuni Puspen Papar Melarikan Diri Diburu Polis

PAPAR: Seramai enam penghuni Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Papar, di sini, berjaya melarikan diri dari pusat tahanan berkenaan, Sabtu lalu.

Enam lelaki berusia 26 hingga 41 tahun terbabit dipercayai meninggalkan pusat tahanan berkenaan dengan memanjat tembok pagar di pusat berkenaan kira-kira jam 6 pagi.

Sekua tahanan berkenana dilaporkan baru saja dimasukkan ke pusat berkenaan sekitar hujung November lalu.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendam Batholomew Ak Umpit berkata, polis percaya usaha melarikan diri itu adalah terancang membabitkan 11 penghuni Puspen.

Namin katanya, hanya enam berjaya keluar dengan memanjat tembok pagar pusat berkenaaan.

“Mereka dipercayai menaiki tembok pagar dengan memanjat badan antara satu sama yang lain sehingga berjaya keluar. Namun lima daripada mereka gagal berbuat demikian disebabkan pagar terlalu tinggi.

“Semua suspek berpakaian biasa ketika kejadian dan semua suspek terbabit dipercayai masih berada di sekitar daerah Papar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, hari ini.

Batholomew berkata, usaha memburu semua suspek sedang giat dijalankan kerana pihaknya bimbang akan berlaku kejadian tidak diingini seperti pecah rumah atau jenayah lain.

Sehubungan itu katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung tahanan ini diminta supaya berhubung dengan bilik gerakan IPD Papar di talian 088-916064.

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Alif Mohd Razali  ditalian 010-2611012,” katanya.

Batholomew berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan kerana lari dari tahanan. – AsiaTimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *