Keluar Parti, Tak Puas Hati Pemilihan Jawatankuasa DAP Sabah

Mohamad  bersama sebahagian ahli Parti DAP Cawangan Kampung Sungai Tiram yang keluar parti. 

SANDAKAN: Seramai 55 ahli DAP Cawangan Sungai Tiram, dekat sini, membuat keputusan untuk meninggalkan parti itu hari ini selepas kecewa dengan keputusan pemilihan jawatan kuasa DAP Sabah.

Pengerusi Cawangan DAP Cawangan Sungai Tiram Mohamad Idris berkata, keputusan untuk meninggalkan parti dilakukan selepas berbincang bersama ahli jawatankuasa yang lain.

“Ini satu keputusan yang berat kerana kami menghargai parti ini, namun kerana wujud pihak yang tidak telus menjadikan parti ini tercemar.

“Pemilihan jawatan kuasa negeri baru-baru ini jelas menunjukkan sifat tidak adil dan pentingkan diri,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, pada 21 November lalu, pemilihan Jawatankuasa DAP Sabah diadakan di Sandakan.

Namun, selepas pemilihan diadakan, bekas Pengerusi DAP Sabah Datuk Jimmy Wong Tze Pin mengumumkan keluar parti berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan terbabit. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *