Guna ‘IC’ Orang Untuk Dapatkan Vaksin, Wanita Warga Asing Dipenjara

Wanita itu diiring dari mahkamah di Lahad Datu selepas dihukum penjara setahun.

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga asing dipenjara setahun oleh Mahkamah Majistret Lahad Datu selepas didapati bersalah memiliki satu kad pengenalan Malaysia secara salah, dan menggunakannya untuk mendapatkan dua dos vaksin Covid-19.

Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu didakwa mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) kerana sengaja memiliki kad pengenalan orang lain, dan menggunakannya secara palsu sebagai miliknya sebanyak dua kali.

Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara Sabah, kesalahan pertama terhadap wanita itu melibatkan memiliki MyKad milik seorang bernama Marujum Pengiran.

Dia didapati bersalah atas tuduhan itu, selain dua tuduhan berasingan menggunakan dokumen berkenaan untuk mendapatkan dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di Lahad Datu pada 17 Ogos dan 7 Sept.

Majistret Ryan Sagirann Rayner Jr mengarahkannya dipenjara setahun bagi setiap tiga tuduhan itu, namun semua hukuman berjalan serentak.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Naser Mohd Nadzeri dan Nurul Fariza Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam bela Muhammad Abdul Karim. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *