Satu Lagi Kluster Asrama Sekolah Dikesan Di Sabah

Saringan kontak rapat penduduk hostel dan anggota keluarga mendapati 15 yang lain turut dijangkiti dalam Kluster Mantailang Atas di Tenom. – Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan satu lagi kluster Covid-19 melibatkan asrama sekolah untuk hari kedua berturut-turut, dengan yang terbaru dikesan di daerah Tenom.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata 15 orang, termasuk pelajar, telah dijangkiti setakat ini dalam Kluster Mantailang Atas itu.

“Kes indeks seorang pelajar yang tinggal di asrama SMK Tenom, yang didapati telah dijangkiti hasil saringan dilakukan pada 13 Nov,” katanya dalam laporan analisis Covid-19 hari ini.

“Saringan kontak rapat melibatkan rakan asrama serta ahli keluarga menemui 15 lain yang turut dijangkiti setakat ini.”

Semalam, kluster diumumkan di SMK Kemburongoh di Ranau, dengan 22 orang termasuk pelajar dan warden asrama antara mereka yang dijangkiti.

Kes indeks turut melibatkan pelajar yang menginap di asrama itu.

Sementara itu, Masidi berkata sebanyak 543 kes baharu direkodkan hari ini iaitu dua melebihi semalam. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *