Masalah Air Di UCC Tiada Kaitan JANS – Bung Moktar

Bung Moktar meminta pihak pengurusan UCC menguruskan penambahan lori tangki bagi membantu penduduk terjejas

KOTA KINABALU: Isu bekalan air di University Utama Square UUC tiada kaitan dengan Jabatan Air Negeri Sabah JANS.

Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin sebaliknya berkata isu yang ditularkan penduduk sebelum ini terletak di bawah bidang kuasa pengurusan UUC dan bukan JANS.

Bung Moktar dalam satu muat naik di laman sosial miliknya memaklumkan berkenaan penafian tersebut.

Pada masa sama Bung Moktar turut berkongsi carta infografik senarai penyelesaian jangka pendek isu bekalan air di negeri itu.

Antara yang disenaraikan adalah, JANS perlu menghantar lori tangki sepanjang 24 jam sehingga pam Loji Rawatan Air Telibong 1 siap dibaiki.

Bagi isu bekalan air di UUC pula Bung Moktar berkata penambahan lori tangki perlu ditambah bagi membantu penduduk terjejas bukan melalui bulk meter serta diuruskan pengurusan terbabit.

Bagi JANS pula, Bung Moktar meminta agar jabatan terbabit sentiasa mengemaskini dan memaklumkan kepada kementerian status semasa kawasan yang terjejas bekalan air.

Dalam pada itu Astro Awani dimaklumkan, Pengarah Jabatan Air Sabah, Edward Lingkapo dijadual mengadakan sidang media khas bagi menghuraikan isu bekalan air secara menyeluruh pada Isnin depan. – AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *