Pelajar Sekolah Cetus Kluster Baharu Di Ranau

KOTA KINABALU: Seorang pelajar lelaki sekolah menengah telah mencetuskan kluster baharu, Kluster Kemburongoh di Ranau, hari ini.

Jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata kes indeks adalah pelajar lelaki 17 tahun yang dikesan positif COVID-19 melalui ujian saliva pada 8 November selepas bergejala sejak 6 November lalu.

“Kes indeks kemudiannya menjalankan ujian saringan ulangan pada 9 November 2021 dan didapati positif.

“Saringan lanjut dijalankan kepada kontak rapat indeks kes dan mengesan 21 kes lain terdiri daripada rakan sekelas dan sebilik, warden asrama serta keluarga kepada warden asrama.

“Jumlah kumulatif setakat hari ini adalah 22 kes termasuk empat kes baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Masidi berkata jumlah kes harian COVID-19 hari ini kekal tiga angka iaitu 541 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 227,487 kes.

“Satu kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu di Pitas,” katanya. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *