Dua Maut Tiga Cedera Kemalangan Di Jalan Kinabatangan

Foto Media Sosial

KINABATANGAN: Sebuah Perodua Alza yang terbabas sendiri di Jalan Kampung Segaliud Seberang, di sini, hari ini, mengakibatkan dua maut manakala tiga lagi parah.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, dua mangsa berusia 40 dan 14 tahun disahkan maut di tempat kejadian dan tiga lagi yang parah berusia lingkungan 15 hingga 33 tahun.

Foto Media Sosial

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.02 pagi.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, semua mangsa masih berada di dalam kenderaan dan operasi mengeluarkan mangsa terus dijalankan.

“Dua mangsa perempuan kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan manakala tiga mangsa lelaki mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan media dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Manakala katanya, mangsa yang cedera dihantar Ke Hospital Kinabatangan menggunakan Ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Foto Media Sosial

“Pasukan bomba kemudiannya melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat pada jam 9.22 pagi,” katanya. – asiatimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *