5,143 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

Gambar Hiasan

PUTRAJAYA: Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan sedikit penurunan dengan 5,143 kes dilaporkan hari ini berbanding 5,162 kes, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata menerusi Twitter, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,551,452 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web http://covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *