Penduduk Labuan Ke Sabah Tidak Perlu Saring Covid-19

LABUAN: Katanya, semua individu yang masuk ke Sabah dari Semenanjung, Sarawak dan luar negara sama ada melalui pintu masuk udara, laut dan darat masih perlu menjalani ujian saringan Covid-19 dalam tempoh tiga hari sebelum perjalanan dengan hanya keputusan negatif dibenarkan masuk.

“Hanya individu dari Wilayah Persekutuan Labuan yang masuk ke Sabah tidak perlu menjalani ujian saringan Covid-19 seperti yang diwajibkan sebelum ini.

“Bagi individu dari Sabah ke Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, ia tertakluk kepada ketetapan dan syarat kemasukan yang ditetapkan pihak berkuasa negeri masing-masing.

“Individu dari Sabah ke Semenanjung bagaimanapun tidak perlu menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum berlepas dari Sabah berdasarkan ketetapan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan, menurut Harian Metro.

Selain itu, Masidi berkata, semua kakitangan awam persekutuan di Sabah ditetapkan hadir bekerja seperti biasa dalam Fasa 4 PPN, manakala kehadiran kakitangan awam negeri dan pekerja swasta ke pejabat adalah berdasarkan jumlah yang sudah divaksin.

Katanya, kelonggaran untuk mengadakan mesyuarat yang diberikan sebelum ini turut ditingkatkan kepada 50% kapasiti bilik mesyuarat, berbanding hanya 50 orang maksimum sebelum ini.

“Majlis sosial dibenarkan dalam Fasa 4 PPN tetapi dihadkan kepada 50 peratus kapasiti ruang. Aktiviti mendaki bukit juga ditingkatkan kepada 50 peratus kapasiti berbanding maksimum 30 orang yang ditetapkan sebelum ini.

“Begitu juga kehadiran penonton di stadium ditingkatkan kepada 50 peratus daripada kapasiti stadium berbanding 30 peratus sebelum ini,” katanya.

Penduduk Labuan yang merentas negeri ke Sabah tidak perlu lagi menjalani ujian saringan Covid-19 berkuatkuasa semalam, susulan peralihan Sabah ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Bagaimanapun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Masidi Manjun, berkata syarat ujian saringan bagi kemasukan dari negeri lain masih dikekalkan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *