Pelajar Sabah Raih Tempat Pertama Persembahan Puisi Di Festival Seni Romania

KENINGAU: Pasukan pelajar jurusan pendidikan awal kanak-kanak dari Kolej Vokasional Keningau telah mendapat tempat pertama dalam kategori persembahan puisi di festival seni antarabangsa “FestArt TM” yang berpangkal di Romania pada 21 sehingga 31 Oktober 2021.

Festival tersebut yang dianjurkan secara maya oleh Live Muse Art Society of Arts tersebut telah memilih persembahan puisi bertajuk “ Borneo Poetry” yang dirakam oleh Aldiedianie Alexander, Saidatul Najwa Marejim dan Nurul Athirah Kuinten sebagai johan bagi kategori tersebut.

Ketiga-tiga pelajar ini mempersembahkan tiga puisi traditional mengisahkan makhluk-makhluk mitos yang merupakan sebahagian daripada kepercayaan kuno masyarat dahulukala.

Aldiadianie Alexander menyampaikan puisi bertajuk “Bele-Bele” yang bermaksud orang-orang dan ianya menerangkan ciri-ciri fizikal dan perasaan seorang makhluk ajaib yang badannya diperbuat daripada jerami padi.

Saidatul Najwa mendeklamasikan puisi bertajuk “Ngakak” yang menceritakan asal-usul makhluk mitos yang ditakut ramai kerana ianya selalu mengilai di waktu malam.

Nurul Athirah pula mempersembahkan puisi bertajuk “Galap” yang memuji kemahiran, kebijaksanaan dan kecantikan makhluk air yang boleh menyerupai gadis cantik apabila berada di permukaan.

Pengarah KV Keningau, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, berasa bangga dengan pencapaian pelajar-pelajar ini kerana ianya membuktikan bahawa golongan muda gigih mempertahankan warisan budaya melalui aktiviti seni.

Dia sentiasa menggalakkan para pelajar dan guru di kolej tersebut agar terus mengasah bakat dalam bidang yang diminati.

Rakaman persembahan itu boleh diakses melalui:

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *