12 Premis Judi Dikenakan Tindakan Potong Bekalan Elektrik Di Tuaran

Antara premis yang dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik. – Foto Ihsan Polis

TUARAN: Sebanyak 12 premis menjalankan aktiviti perjudian tanpa lesen di daerah ini dikenakan tindakan potongan bekalan elektrik, semalam.

Premis itu di lima kawasan iaitu Pekan Tuaran, Taman Sri Rugading, Taman Telipok Ria, Taman Telipok Square dan Pekan Tamparuli.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, pada operasi bermula 9 pagi sehingga 5 petang itu, tindakan pemotongan bekalan elektrik itu dijalankan dengan kerjasama Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

“Sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran bersama kakitangan SESB mengadakan operasi di lokasi berkenaan.”

“Semua premis berkenaan dikenakan tindakan terbabit akibat tidak memiliki lesen yang sah,” katanya dihubungi hari ini.

Menurutnya, pasukan polis bertindak mengikut Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Semasa proses pemotongan bekalan elektrik, keadaan di setiap lokasi adalah terkawal,” katanya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *