Bung Moktar Dahului Senarai 128 Penerima Darjah Kebesaran, Bintang & Pingat Negeri Sabah

Datuk Azizah Mohd Dun (kanan), Datuk Bung Moktar Radin (kiri) Bung Moktar received the Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) award which carries the title Datuk Seri Panglima. Also receiving the SPDK award was Beaufort Member of Parliament Datuk Azizah Mohd Dun.

KOTA KINABALU : Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yang dikurniakan Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) membawa gelaran Datuk Seri Panglima hari ini mendahului senarai 128 penerima Darjah Kebesaran, Bintang serta Pingat negeri Sabah sempena Hari Lahir ke-68 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Istiadat yang disempurnakan Juhar di Istana Seri Kinabalu di sini turut menyaksikan Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun menerima SPDK.

Turut hadir pada istiadat itu isteri beliau Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Seramai 15 orang menerima darjah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk termasuk Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Jonathan Yassin, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Datuk Bernard Liew Chau Min serta Ketua Konservator Hutan Jabatan Perhutanan Sabah Datuk Frederick Kugan.

Seramai lima individu menerima Jaksa Pendamai (JP) termasuk legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin.

Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) pula menyaksikan seramai 16 penerima, Ahli Darjah Kinabalu (ADK) dan Bintang Setia Kinabalu (BSK) masing-masing 24 penerima, Bintang Kinabalu (BK) 35 penerima manakala Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT) tujuh penerima. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *