Setiausaha Agung Parti STAR Sabah Meninggal Dunia

Guandee dilantik sebagai Ahli Dewan Negara untuk tempoh bermula 16 Dis 2020 hingga 15 Dis 2023.

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Negara Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi yang juga Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, petang ini.

STAR Sabah dalam kenyataan di laman Facebook penerangannya hari ini memberitahu Guan Dee, 67, meninggal dunia pada 4.50 petang namun punca kematian tidak dinyatakan.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Datuk Senator Guan Dee Kohoi telah dipanggil Tuhan pada jam 4.50pm, 26 Okt 2021 di Hospital Kuala Lumpur. Sama-sama kita doakan beliau serta keluarga,” kata kenyataan itu hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *